Merantau ke Jerantut, Pahang
Wednesday, 20 November 2013 | 05:29 | 0 Passenger(s)
Pada penghujung sesi persekolahan pada tahun 2013, PKS SMKA(P) Alawiyah telah merantau ke Jerantut, Pahang. Kami telah menjadi tamu bagi SMK Temin, salah sebuah sekolah yang amat cemerlang dengan aktiviti PKSnya. Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari 2 malam mulai 15 November 2013 hingga 17 November 2013. Seramai 30 orang ahli PKS SMKA(P) Alawiyah dan 4 orang guru pengiring telah terlibat.

Hari Pertama
Kami telah berangkat dari pekarangan SMKA(P) Alawiyah seawal jam 3 pagi pada 15 November 2013 kerana tidak mahu terlepas mana-mana aktiviti yang telah disediakan buat kami. Walaupun agak mengantuk, ahli-ahli PKS SMKA(P) Alawiyah masih mampu tersenyum kerana teruja dengan lawatan tersebut.



Sekitar jam 1 petang, kami tiba di Kuala Gandah, Pahang. Kami tiba sedikit awal daripada pihak Hos. Namun, perkara itu tidak menjadi masalah buat kami kerana masa terluang tersebut kami isikan dengan solat jamak takdim Zuhur-Asar. Tidak lama kemuadian, pihak hos, SMK Temin pun tiba. Kami diberi sedikit taklimat tentang Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah dan kemudiannya kami dibenarkan melawat gajah-gajah di sana setelah pas diambil.












Kemudian, kami bertolak ke SMK Temin yang terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari Kuala Gandah. Kami diberi tempat penginapan di asrama ASPURI SMK Temin. Pada sebelah malamnya pula, kami dihidangkan dengan juadah yang enak di kantin SMK Temin. Kami kemudiannya diberi taklimat program dan lawatan dan sesi pecah bendungan di bilik seminar SMK Temin. Sesi tersebut dikendalikan oleh salah seorang hos, Saudari Izzati dengan bantuan guru PKS SMK Temin, Cikgu Mansor.





Kami dibenarkan rehat sekitar jam 10.30 setelah selesai minum malam.

Hari Kedua
Kami dihidangkan sarapan pagi di kantin setelah selesai bersenam. Kami kemudiannya dibawa ke Taman Negara Jerantut. Perjalanan dari SMK Temin ke Taman Negara mengambil masa kira-kira 1 jam. Perjalanan tersebut agak berliku-liku. Di Taman Negara, kami dibawa menaiki bot untuk menyeberangi Sungai Pahang. Kami kemudiannya mendaki Bukit Teresek. Hanya 28 orang pelajar yang berjaya mendaki bukit tersebut. Bakinya terpaksa menghentikan pendakian mereka kerana masalah kesihatan.










Pada sebelah malamnya pula, Malam Kebudayaan telah diadakan. Para hos dan tamu saling bertukar-tukar budaya melalui persembahan pada malam tersebut.

 [harap maaf kerana video tak dapat dimuat naik]

Hari Ketiga
17 November 2013. Pada hari itulah perjalanan kami di Pahang akan berakhir. Kami mengakirkan perjalanan kami di Pahang dengan melawat Temin Kraf dan mendaki Gunung Senyum. Sesungguhnya Gunung Senyum tersebut amatlah indah. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan keindahan gua-gua di dalam Gunung senyum. Subhanallah!

Dan syukurilah nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah-Nya [an-Nahl:144]




Pihak PKS SMKA(P) Alawiyah dan SMK Temin berpisah di kaki Gunung Senyum. Maka, berakhirlah sudah pengembaraan kami di Pahang. :)

sekian.
Tamu dari Perak.
Monday, 11 November 2013 | 21:49 | 0 Passenger(s)
Pada tahun 2013, PKS SMKA (P) Alawiyah Kangar buat pertama kalinya telah menerima tamu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 10 Lekir, Setiawan, Perak. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula daripada 30 Ogos sehingga 1 September 2013. Seramai 60 orang pelajar telah terlibat dalam program kali ini. 30 orang hos daripada SMK Agama (P) Alawiyah Kangar dan 30 orang tamu daripada SMK Batu 10 Lekir.

Hari Pertama
Pihak tamu telah tiba pada jam 6.15 petang pada 30 Ogos 2013. Walaupun sedikit terlambat, para hos masih bersemangat menunggu ketibaan para tamu.

Sebahagian JK Sambutan sedang menunggu ketibaan para tamu.

Para tamu diirigi oleh paluan kompang ke tempat pendaftaran.

Para tamu sedang mendaftarkan diri.

Sesi taklimat petang.

Pada sebelah melam pula, sesi taklimat tokoh telah diadakan di Bilik Wawasan yang telah dikendalikan oleh JK Penerangan dan Pendidikan. Sesi pecah bendungan pula diadakan di Dewan Az-Zahra'. Sesi ini telah dikendalikan oleh hos yang bertugas, Mawaddah binti Zainol. 





Tepat pada jam 10.30 malam, sesi tersebut berakhir. Para pelajar masih berkumpul di dewan untuk membaca surah al-Mulk serta beberapa surah amalan sebelum tidur. Seusai membaca ayat-ayat suci al-Quran, semua tamu dan hos pulang ke tempat penginapan masing-masing.


Hari Kedua
Selesai sarapan pagi, para hos dan tamu bergerak ke Bilik Wawasan untuk taklimat berkaitan program 'Explorace'. Tamu kemudiannya berkumpul di Dewan Az-Zahra untuk regangan dan senaman ringan. Acara 'Explorace' pun bermula. 





Sekitar jam 10 pagi, para tamu telah dibawa melawat ke kediaman Dato' Wan Ahmad, Muzium Kota Kayang, Taman Ular dan Tasik Melati.













Pada waktu petang pula, para tamu dihidangkan dengan aktiviti ringan. Para tamu perempuan disediakan satu aktiviti membuat jeruk mangga manakala tamu lelaki disediakan dengan permainan petanque dan perang air.




Para hos dan tamu berkumpul di Dewan Az-Zahra' pada jam 8 malam untuk meraikan Malam Kebudayaan. Tema pada malam tersebut ialah Arabic Night. 





Hari Ketiga
Pada hari terakhir, para tamu diberi peluang untuk beriadah bersama-sama pihak hos pada waktu pagi. 


Lawatan ke Gua Kelam dan Padang Besar pula disediakan buat para tamu. Para tamu dan hos berpisah di Padang Besar. 



sekian.




|