Al-kisah PKS SMKAP
Monday, 11 November 2013 | 02:52 | 0 Passenger(s)
Assalamualaikum.Pada tarikh 11 November 2013 bersamaan hari Isnin, terhasillah sebuah blog yang diberi nama PKS SMK Agama (P) Kangar. Blog ini bertujuan untuk memberi maklumat tambahan tentang pakej-pakej yang ditawarkan oleh PKS SMKAP di samping untuk mendedahkan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh ahli PKS SMKAP.
Blog ini telah dihasilkan oleh Nurul Najwa binti Zulkifli dan Nur Illyana binti Norazam yang merupakan ahli PKS SMKAP 2013. Blog ini terhasil atas cetusan idea Puan Afiza dan Puan Mashitah yang merupakan guru pembimbing PKS bagi SMKAP.
Tak kenal maka tak cinta. Sebelum kisah PKS kami dicoretkan, moleklah sekiranya nama 'Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar' diperkenalkan kepada anda.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Kangar (SMKA (P) Kangar) ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan agama yang terletak di tengah-tengah bandar Kangar, Perlis dan berhampiran Masjid Syed Alwi.
Sekolah ini telah diwujudkan sebelum zaman merdeka lagi dan dikenali sebagai Al-Madrasah Al-Alawiyah Lil Banat. Sekolah ini merupakan sekolah agama yang mempunyai pelajar perempuan sahaja. Sekolah ini juga merupakan salah sebuah sekolah yang cemerlang di Perlis selain SMK Derma. Kini SMKAP telah dinobatkan sebagai sekolah kluster kecemerlangan di mana kebitaraan sekolah ini adalah dalam subjek Bahasa Arab dan Program Pelancongan Sekolah (PKS).
Begitulah mukadimah kisah kami. :)