Merantau ke Jerantut, Pahang
Wednesday, 20 November 2013 | 05:29 | 0 Passenger(s)
Pada penghujung sesi persekolahan pada tahun 2013, PKS SMKA(P) Alawiyah telah merantau ke Jerantut, Pahang. Kami telah menjadi tamu bagi SMK Temin, salah sebuah sekolah yang amat cemerlang dengan aktiviti PKSnya. Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari 2 malam mulai 15 November 2013 hingga 17 November 2013. Seramai 30 orang ahli PKS SMKA(P) Alawiyah dan 4 orang guru pengiring telah terlibat.

Hari Pertama
Kami telah berangkat dari pekarangan SMKA(P) Alawiyah seawal jam 3 pagi pada 15 November 2013 kerana tidak mahu terlepas mana-mana aktiviti yang telah disediakan buat kami. Walaupun agak mengantuk, ahli-ahli PKS SMKA(P) Alawiyah masih mampu tersenyum kerana teruja dengan lawatan tersebut.



Sekitar jam 1 petang, kami tiba di Kuala Gandah, Pahang. Kami tiba sedikit awal daripada pihak Hos. Namun, perkara itu tidak menjadi masalah buat kami kerana masa terluang tersebut kami isikan dengan solat jamak takdim Zuhur-Asar. Tidak lama kemuadian, pihak hos, SMK Temin pun tiba. Kami diberi sedikit taklimat tentang Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah dan kemudiannya kami dibenarkan melawat gajah-gajah di sana setelah pas diambil.












Kemudian, kami bertolak ke SMK Temin yang terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari Kuala Gandah. Kami diberi tempat penginapan di asrama ASPURI SMK Temin. Pada sebelah malamnya pula, kami dihidangkan dengan juadah yang enak di kantin SMK Temin. Kami kemudiannya diberi taklimat program dan lawatan dan sesi pecah bendungan di bilik seminar SMK Temin. Sesi tersebut dikendalikan oleh salah seorang hos, Saudari Izzati dengan bantuan guru PKS SMK Temin, Cikgu Mansor.





Kami dibenarkan rehat sekitar jam 10.30 setelah selesai minum malam.

Hari Kedua
Kami dihidangkan sarapan pagi di kantin setelah selesai bersenam. Kami kemudiannya dibawa ke Taman Negara Jerantut. Perjalanan dari SMK Temin ke Taman Negara mengambil masa kira-kira 1 jam. Perjalanan tersebut agak berliku-liku. Di Taman Negara, kami dibawa menaiki bot untuk menyeberangi Sungai Pahang. Kami kemudiannya mendaki Bukit Teresek. Hanya 28 orang pelajar yang berjaya mendaki bukit tersebut. Bakinya terpaksa menghentikan pendakian mereka kerana masalah kesihatan.










Pada sebelah malamnya pula, Malam Kebudayaan telah diadakan. Para hos dan tamu saling bertukar-tukar budaya melalui persembahan pada malam tersebut.

 [harap maaf kerana video tak dapat dimuat naik]

Hari Ketiga
17 November 2013. Pada hari itulah perjalanan kami di Pahang akan berakhir. Kami mengakirkan perjalanan kami di Pahang dengan melawat Temin Kraf dan mendaki Gunung Senyum. Sesungguhnya Gunung Senyum tersebut amatlah indah. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan keindahan gua-gua di dalam Gunung senyum. Subhanallah!

Dan syukurilah nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah-Nya [an-Nahl:144]




Pihak PKS SMKA(P) Alawiyah dan SMK Temin berpisah di kaki Gunung Senyum. Maka, berakhirlah sudah pengembaraan kami di Pahang. :)

sekian.

|